Seringkali saya mendengar orang Yahudi@Israel disalahkan dengan segala perkara buruk yang berlaku. Adanya hiburan, maksiat, jenayah semuanya dikaitkan dengan orang Yahudi. Selalu juga saya dengar hiburan itu teknik orang Yahudi menjatuhkan masyarakat lain, tapi kenapa mereka disalahkan sedangkan mereka juga manusia ciptaan Tuhan. Apakah orang Yahudi menghalalkan perbuatan keji apabila mereka dituduh sedemikian rupa. Orang Yahudi pun ada pegangan agama sama seperti agama2 lain yang melarang perkara jahat dilakukan. Jadi, sebelum menuding jari menyalahkan masyarakat Yahudi kita ingat dahulu asal nabi-nabi kita dari mana. Cuba fikirkan? Pendek kata jangan salahkan siapa-siapa atau kaitkan mana2 masyarakat di dunia ini dengan yang berlaku di sekitar kita. Jenayah, maksiat, hiburan, rasuah, dan macam-macam lagi, itu semua keinginan individu. Malah di tempat kita ini pun yang tidak mengadakan hubungan apa pun dengan Yahudi berlaku perkara sedemikian rupa. Sebap kenapa? semua itu kehendak peribadi. Kalau bukan kehendak peribadi, walauapapun yang diterapkan oleh orang Yahudi tidak akan menjadi.
Menyentuh mengenai isu Israel-Palestin, ini memang sudah lama berlaku. Bagi saya, kita tidak perlu memanipulasikan keadaan yang berlaku di dua negara tersebut yang sering dikaitkan dengan agama. Perkara-perkara yang berlaku di negara tersebut semuanya isu kemanusiaan.Bukan niat saya untuk menyanjung orang Israel tetapi kita harus berfikir dan beringat bahawa jangan disebabkan isu negara luar yang tidak ada kepentingan dalam negara kita menjadi isu negara kita pula. Banyak lagi isu-isu di negara ini yang kita perlu fikirkan.
No comments:
Post a Comment