PARIS 5 Nov. - Pemimpin-pemimpin Islam dan Kristian semalam bersetuju menubuhkan satu pasukan untuk cuba meredakan ketegangan antara kedua-dua agama terbesar ini, ketika penganut Islam dan Kristian terjebak dalam konflik senjata di Nigeria, Iraq, Mesir dan Filipina.
Pada mesyuarat di Geneva minggu ini, mereka bersetuju mengambil langkah penting bagi memelihara keamanan antara kedua-dua agama ini, daripada membiarkannya terjerumus dalam konflik yang disebabkan oleh persaingan politik, penindasan atau ketidakadilan.
Antara pertubuhan yang menyokong rancangan itu ialah World Council of Churches (WCC) yang dianggotai 349 gereja berlainan di seluruh dunia dan World Islamic Call Society (WICS), rangkaian yang dianggotai kira-kira 600 badan Islam.
Mereka akan menghantar pakar-pakar Islam dan Kristian untuk campur tangan dalam konflik agama bagi meredakan ketegangan dan menyelesaikan salah faham dan pertikaian tentang kepercayaan.
"Kami menubuhkan satu kerjasama kumpulan ini bagi membolehkan kami bersiap sedia berhadapan dengan sebarang krisis yang semakin meningkat berkaitan Islam dan Kristian.
"Kami perlu mencari penyelesaian untuk meredakan krisis agama dan memperbaiki hubungan antara kedua-dua agama ini melalui resolusi konflik dan keadilan," kata pemimpin-pemimpin Kristian dan Islam dalam satu kenyataan selepas mengadakan mesyuarat selama empat hari.
Institut Diraja Aal al-Bayt Jordan dan cendekiawan kumpulan Common Word Islam yang mempromosi dialog antara agama turut menyokong penubuhan pasukan ini, yang telah dibincangkan dengan beberapa gereja sejak dua tahun lalu.
Aref yang menyertai mesyuarat itu berkata, pakar-pakar Islam dan Kristian akan dipilih untuk membentuk pasukan kecil ini dan akan dihantar ke wilayah tercetusnya konflik.
(petikan dari akhbar utusan-6/11/10)
Apa yg saya boleh kata tentang isu di atas adalah semoga usaha ini dapat meleraikan segala kekalutan dalam dua agama ini bukan dari segi kepercayaan yang dianuti kerana tanpaknya kedua-duanya berbeza tetapi yang diharapkan adalah isu senjata tersebut dapat diselesaikan. Kedua-dua agama tersebut tentunya mahukan keamanan tanpa senjata dalam menyelesaikan masalah. Apa pun, konflik bersenjata ini yang berpunca daripada persaingan politik, penindasan dan ketidakadilan. Hal ini wujud kerana, apabila suatu agama menjadi majoriti anutan dalam sesebuah negara wujud kemungkinan dua keadaan iaitu pertamanya agama yang menjadi majoriti akan menindas agama yang menjadi minoriti dan keduannya agama yang menjadi anutan minoriti akan bangkit menentang kerana ketidakpuasan pelbagai aspek terhadap agama anutan majoriti.
Apabila wujud isu-isu yang melibatkan kepercayaan diganggu gugat oleh mana-mana pihak maka terjadilah konflik bersenjata yang berlanjutan yang sama sekali tidak menguntungkan mana-mana agama sekalipun.
No comments:
Post a Comment