Saturday, August 23, 2014

Keluhan hati

saat sukar dlm hidup ku kembali lagi dgn pemergian bapa tunang ku sedikit sebanyak menjejaskan hubungan kami. sehingga saat ini sy masih tdk fhm dgn sikapnya. terlalu banyak berahsia sehingga menimbulkan wasangka. dia masih menganggap sy individu yg tda kepentingan dlm hdpnya n tdk mampu membantunya apa pn termasuklah nasihat. sy tdk nafikan sy banyak mengluarkan kata2 yg menyakitkan hatinya tetapi semua itu ku lakukan tuk dapat perhatian darinya. dia banyak sikap tdk acuh ttg diri ku. semua kptsn dlm hdp ku dia minta sy sendiri yg putuskan. apabila masalah ini semakin serius saat ini dia memutuskan tuk menyalahkkn sy semuanya. ya sy akui sy jahat n pemarah. buat ko tdk puas hati tapi jgn hairan semua pn berpunca dr ko. bila sy mta pandangan semua jawapan dr kau saja.... sdh la fikir pn bikin buduh j.

Wednesday, May 21, 2014

aku bina rumah impian bapa semasa saya mula-mula belajar dulu.

masa terus berjalan pantas...rasanya sudah terlalu lama blog ini tidak di jenguk. Hari ini 21.5.14 baru sy dapat menjenguk semula blog ne. Sy akan memulakan cerita  tentang hidup ku setahun setengah yg lepas. selepas 2 minggu sy tamat latihan mengajar. bapa kembali kepada penciptanya. kepada yg maha menyayanginya. sedih tdk terkata. tonggak keluarga yg selama ini menjadi tempat bertanya tempat penyelesaian masalah, tempat mengaduh kasih dan sedih pergi utk selamanya. namun perjuangan hidup harus diteruskan. mujur dlm keluarga kami tinggal aku dgn adik yg belum berkahwin. yg  lain sdh berumah tangga. sungguhpun begitu bebanan mak itu masih besar n berat. walaupun kami adik beradik memiliki masalah kesefahaman namun masih bersatu dlm banyak hal kerana itulah didikan bapa kpd kami spya sentiasa bersatu. selepas hampir setahun bapa meninggal sy pn mula membina impian kami iaitu mendirikan rumah batu. syukur kepada tuhan sebap sy sdh mula berkerja pada masa itu. saiz rumah tdk besar sangat tapi cukup tuk sy, mak n adik tinggal.  akhirnya sekitar bulan 10 2013 sy bersama ibu dan adik pindah rumah baru. rumah lama abg no 2 yg duduk sbp blm mampu bina rumah lagi. tapi tdk mengapa sayang rumah tu d tinggal mcm tu ja. sedih sangat bapa tdk sempat pn tinggal dlm rumah impian kami. masa bina rumah tu Tuhan ja yg tahu keperitan sy. pelbagai cerita, halangan, kritikan d perolehi. tapi sy ne makhluk kepala batu. asal yg btl sy buat tak pyh nak dgr benda yg menghalang kerja sy. akhirnya siap ja la rumah tu wpn tdk ctk. hehe.janji tdk kena hujan n panas mentari.

Sunday, August 26, 2012

TEMA BLOG INI BERMULA PADA MASA INI

BERMULA PADA HARI INI 26/8/2012 BLOG SAYA AKAN LEBIH MEMBINCANGKAN MENGENAIHAL2 BERKAITAN SEJARAH, KEAGAMAAN, KISAH DALAM KERJAYA SAYA DAN PANDANGAN BERDASARKAN PEMIKIRAN RASIONAL DAN PEMERHATIAN PENULIS.

Thursday, December 8, 2011

AGAMA(kepercayaa) DAN PENAGRUH KEIMANANNYA

Agama yg dianuti oleh seseorang membentuk satu kepercayaan dalam diri seseorang.Ajaran2 agama akan membina keimanan atau keyakinan kepada apa yg kita percayai. Membina keimanan atau keyakinan terhadap agama yg kita percayai bukan sesuatu yg mudah. Terdapat pelbagai persoalan yg timbul dalam diri kita sehingga kadang kala apa yg manusia fikir itu merosakkan keimanan kita. Di dunia ini banyak hal2 telah terjawab dengan kajian sains tetapi setakat ini belum ada saintis pernah dapat menjawab bahawa kenapa bumi ini wujud  dan kenapa manusia ini wujud. Banyak hal2 yg berlaku mampu meruntuhkan keimanan manusia atas apa yg berlaku di sekeliling. Sebab itulah banyak manusia masa kini hidup tanpa pegangan keagamaan atas dasar agama yg mereka percayai tdk mampu memberikan keyakinan mereka yg teguh.
Agama juga banyak yg timbul atau di wujudkan atas dasar mencari kebenaran. Banyak penganut2 sesuatu agama juga sering bertelagah atas kepercayaan yg mereka yakini sehingga menyebabkan kematian. Sering terjadi bahawa penganut suatu agama itu mendakwa bahawa agama yg dianutinya adalah yg paling benar, sahih, terbukti dan segalanya dan menyatakan bahawa agama yg di percayai oleh individu lain adalah salah.
Sehingga bumi ini berakhir, kita manusia yg memiliki pengaruh keimanan yg berbeza berdasarkan perbezaan agama kita tidak mampu menyatakan bahawa kristian, islam, yahudi, hinddu itu benar.
Apa yg kita perlu buat untuk menguatkan keimanan kita sebagai manusia yg mempunyai kepercayaan masing2 adalah terus2 meyakini apa yg kita  telah kita pegang dan jangan sesekali menukar keyakinan itu pada kepercayaan lain sebab satu kemungkinan yg terjadi adalah kita menyesali penukaran kepercayaan kita bila di akhir hayat kita kepercayaan pertama kita itulah yg benar. Membina keimana dari agama yg kita yakini haruslah tetap dan tidak berubah.TUHAN MEMBERKATI.

Wednesday, November 23, 2011

SEKADAR PANDANGAN DARI FIKIRAN (apa itu keadilan)

Memikirkan tentang keadilan yg ada dalam dunia ne, rasanya makin terhakis hari demi hari. Manusia setiap hari menuntut keadilan yang hanya mengikut pandangan atau persepsi mereka sendiri. dan tidak mengikut norma hidup manusia sekitar. Pada masa kini, kita sering mendengar pergolakan negara2 luar yang tidak ada penghujungnya, krisis di Mesir atas tuntutan rakyat yg mahukan keadilan presiden yg memerintah meletak jawatan. di Libya pemimpin nombor satu negara dijatuhkan dengan penuh tragis selepas bertempur berbulan-bulan lamanya. Semua ini berlaku atas satu tuntutan iaitu mahukan keadilan bagi rakyat. Tetapi apa yg menghairankan apabila pemimpin yg dikatakan tidak adil itu jatuh dan diangkat semula seorang pemimpin yg menurut pandangan umum seorang yang adil akhirnya dituntut semula untuk turun dari kempiminan. APAKAH SEBENARNYA DEFINISI BAGI KEADILAN ITU. Bagaimana kita mengatakan seorang pemimpin itu adil dan dapat memberikan kemajuan jika hanya baru setahun memerintah.
Dalam isu yang lain pula, dalam hal-hal kecil yang dilalui seharian kita juga sering merasa tidak adil dalam satu penyelesaian yang di perolehi. Contohnya, ketidaksamarataan dalam  pembahagian wang pun terjadi dan banyak aspek lagi....keadilan itu sukar untuk kita perolehi tetapi apa yang nyata kita merasa cukup dengan apa yg ada. Manusia ne hidup dengan penuh ketidakpuasan, merasa semua yang diperolehi tdk memadai. meskipun mensyukuri apa yg diperolehi tetapi mencari yang benar-benar memuaskan...Manusia oh manusia bersikap la seperti Tuhan,Allah yg menciptakan segalanya sebab kita ini di bentuk menurut ciptaan Tuhan.

Friday, October 28, 2011

blog aku...

lama pula rasanya tak buka blog aku ne.....pas ari ne nak tulis apa2 ja lan :)

Monday, August 15, 2011

kesedihan...

Adalah sesuatu yg sukar untuk dihadapi dan dilalui bila orang yg kita sayangi berada dalam kesakitan dan disaat itu berlaku kita tidak pula bersama mereka. Kalau ada keupayaan keawangan mahu saja saya berhenti dari pratkum tetapi atas nasihat keluarga yg disayangi mereka menegah sy berbuat demikian. Bukan sy berfikiran kejam tetapi sy terfikir juga adakah bapa akan sembuh kalau pn sy tdk menghabiskan prtkum ne sedangkan apa yg sy usahakan sekarang adalah usaha dan harapannya juga. Apa yg perlu sy lakukan sekarang ne hanyalah bersabar dan terus bersabar. saya tau jangka masa sy di sini juga tidak lagi lama dan apa pn yg terjadi pada diri sy dan keluarga sy harus laluinya juga. sy sangat yakin kasih tuhan masih melimpah bagi bapa. jadi sy harus menenangkan diri.
Bapa disahkan kanser usus tahap 4 oleh doktor dan tdk ada cara lagi tuk merawatnya. hanya satu cara utk membantu dia ialah memasukkan sejenis alat pada perutnya utk membesarkan ruang perut yg sudah tertahan dengan ketumbuhan yg berlaku. e2 pn hanya untuk membantunya makan dan bukan cara menyembuhkan atau merawatnya. tetapi sy yakin tuhan akan membantu dia supaya sihat semula asalkan dia mampu makan semula. sy yakin selagi jantung bapa berdenyut dia tetap dapat sembuh sebab kuasa tuhan adalah ubat yg terbaik daripada ubat hospital. SY SANGAT BERHARAP BAPA AKAN SEMBUH SEMULA MEREALISASIKAN IMPIAN KAMI UTK MEMBINA RUMAH BARU DAN SEGALA YG TELAH KAMI RANCANG SEBELUM INI.