Friday, March 11, 2011

Krisis dunia dan firman Tuhan

Ketika manusia bergelut dengan krisis dunia dengan tragedi pemberontakan rakyat di pelbagai negara seperti di Libiya, Mesir dan Tunisia, menyusul pula tsunami yang melanda Jepun. Semua kejadian ini melibatkan nyawa manusia yang hilang setiap hari. Peperangan di sana-sini dan bencana alam berlaku terlalu kerap, adakah ini tandanya dunia sudah terlalu usang untuk manusia atau inilah penggenapan Firman Tuhan tentang akhir zaman?
Dalam kitab Injil tertulis firman Tuhan yang mengambarkan keadaan dunia sekarang. Lihat dalam bab LUKAS 20: 9-11 
     Dan apabila kmu mendengar tentang peperangan dan pemberontakan, 
     janganlah kamu terkejut, sebab semua itu harus terjadi dahulu, tetapi
     tidak bererti kesudahannya akan datang segera. ia berkata lagi, bangsa
     akan bangkit melawan bangsa dan kerajaan melawan kerajaan.Dan akan 
     terjadi gempa bumi yang dahsyat dan di berbagai tempat akan ada penyakit 
     sampar dan kelaparan, dan akan terjadi juga hal-hal mengejutkan
    dan tanda-tanda yang dahsyat dari langit.(Inilah firman Tuhan).
Tuhan telah menyatakan firmanya kepada manusia tentang keadaan masa kini dan inilah permulaan penderitaan manusia. Kita lihat keadaan dunia sekarang apakah benar ada peperangan, adakah pemberontakan, adakah bangsa melawan bangsa, terjadikah kerajaan melawan kerajaan, berlakukah gempa bumi dan bencana alam lain dan akhir sekali berlakukah penyakit2 sampar(penyakit menular)? Jawapan untuk semua itu hanya satu perkataan YA......
Jadi kita manusia hina di bumi ini kembalilah kepada ajaran agama. Berpegang tegulah kepada firman Tuhan. Sebelum semua itu terjadi Tuhan telah menyatakan sebagai ingatan kepada manusia tetapi kita masih tetap seperti ini terus-terus merancang untuk kemusnahan dunia..
KITA FIKIR-FIKIRKAN FIRMAN ITU...PENDERITAAN AKHIR ZAMAN.